Tuesday 20 March 2012

PERBEZAAN KOSA KATA ANTARA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INDONESIA

Perkataan Bahasa Malaysia Bahasa Indonesia
ahli seseorang (yang tergolong dalam sebuah kumpulan)
(hanya sebagai kata tunggal),

pakar dalam sesuatu bidang
pakar dalam sesuatu bidang
akta undang-undang surat rasmi yang disahkan oleh suatu badan rasmi atau pemerintah
baja bahan untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan keluli, besi waja
banci perhitungan bilangan penduduk dsb. seorang homoseksual pondan
berbual bersembang berbohong, omong kosong
bercinta meluahkan rasa kasih sayang sesama sendiri bersetubuhan
biji pil, benih benih
bisa racun, toksik boleh, dapat; racun
bogel telanjang, langsung tidak berpakaian bugil, orang kerdil
bontot/buntut punggung ekor
budak kanak-kanak, orang muda hamba, abdi
butoh/butuh alat kelamin lelaki(lucah) perlu
comel cantik dan menarik, molek (ujaran bagi) seorang yang mulut tempayan (tidak boleh menyimpan rahsia); comel dalam erti cantik juga digunakan dalam bahasa daerah tertentu
email emel enamel, email
gampang anak luar nikah (kesat) senang; mudah
jabatan bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu kedudukan rasmi
jahat nakal durjana, penjenayah
jawatan kedudukan rasmi jawatan, pejabat pemerintah
jemput mengajak atau menyilakan datang memetik, mengajak atau menilakan datang
jeruk buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan) oren
jimat cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros azimat
kacak tampan, segak, menarik (bagi lelaki) memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan (berkacak pinggang); segak
kakitangan pekerja, seorang yang diupah ahli kongsi gelap
kapan (kain kafan/kapan), kain penutup mayat bila
karya hasil seni (karyawan=artists) work (karyawan= workers)
kerajaan mana-mana bentuk pentakbiran negeri/negara sistem kerajaan beraja; kerabat diraja
kereta motokar, kenderaan beroda empat yg digerakkan dgn enjin pembakaran dalaman kereta api, kereta gantung, kereta kuda, kereta jenazah, kereta dorong dll; kendaraan beroda yang digerakkan dengan enjin atau tenaga makhluk hidup (kereta dalam erti mobil adalah tidak lazim dalam bahasa Indonesia selain dalam bahasa daerah tertentu)
khidmat servis, kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll memberi tumpuan sepenuhnya, khidmah = hormat
pajak gadai janji cukai
pelan rancangan pembinaan atau pembangunan perlahan
pejabat tempat bekerja pegawai
pemerintah badan atau kumpulan orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu negara kerajaan
pengacara juruacara, orang yg mengacarai sesuatu acara/majlis dll peguam bela
pengajian pendidikan pengajian al-Quran
percuma tidak dikenakan bayaran tidak berguna, sia-sia
pijat kutu; ralat pemprograman komputer urut
dari pijet (bahasa Jawa)
polis mata-mata, angkatan keselamatan sivil dasar (insuran dll.)
polisi dasar (insuran dll.) polis
pusing mengelilingi sesuatu tempat, bergerak dalam bulatan, berputar pening, keliru
pupuk menyemai (nilai murni dsb.) baja (juga bermaksud 'memelihara' dalam erti kata metafora)
tambang bayaran penggunaan pengangkutan awam lombong, tali
tandas jamban, tempat membuang air menjelaskan (sesuatu); menyelesaikan (sesuatu perkara) dengan tegas; jamban; tempat mandi di sungai
sulit rahsia; sukar sukar; pelik; langka

KOLEKSI FRASA YANG MENARIK


Pembentukan ayat Tanya:
  • persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh
  • pernahkah terlintas dalam gawang minda para........
  • sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?
Tema perpaduan :
  • Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
  • Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
  • Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang
  • Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan
  • konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
  • Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
  • terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
  • sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema kemajuan negara
  • cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
  • Pertumbuhan mapan ekonomi negara
  • Prestasi ekonomi yang mapan
  • Gahnya Malaysia di persada global
  • menjadikan Malaysia lebih tersohor
  • Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
  • Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
  • Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
  • Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
  • menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
  • wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara
  • mendepani abad milenium
tema : peranan kerajaan
  • citra budaya dan jati diri bangsa
  • tindakan secara kolaboratif
Tema : masyarakat
  • memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
  • menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
  • Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
  • Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
  • rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9
  • menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
  • rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
  • Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
  • Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
  • revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
  • umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan
  • masyarakat madani
  • bangsa yang maju dan kompetitif
Tema : semangat kejiranan
  • Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
  • Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan
  • Kikis sikap prejudis
  • Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
  • Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
  • Bagi memperteguh tali-temali sosial
  • Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
  • Di bawah satu bumbung muafakat
Tema : generasi muda
  • Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
  • Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
  • Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
  • Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
  • Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas
  • Berkiblatkan budaya asing
  • Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
  • Berpotensi untuk menggegarkan
  • Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
  • Bijak menyerap tekanan
  • Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
  • Dalam meniti perjalanan hidup
  • Dalam pancaroba dunia
Tema: kekeluargaan
  • mewarnakan jiwa anak-anak
  • menjadi uswah terbaik
  • tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
  • Didedahkan dengan realiti kehidupan
  • Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa
  • Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
  • Bertunjangkan kekuatan intelektual
  • Dipacu oleh tenaga muda
  • Dipasakkan dalam jiwa
Media massa
  • akhbar arus perdana
  • mendominasi minda generasi muda
  • Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
  • Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
  • Berupaya menjadi wadah yang efektif
  • Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
  • Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat
Kempen :
  • Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
  • Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
  • Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku
  • Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
  • Instrumen yang paling efektif
Semangat Patriotisme
  • Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng
  • Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara
  • Menjiwai patriotisme yang kental
Tema sekolah
  • Guru selaku arkitek pembangunan insan
  • menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
  • menyemarakkan nilai-nilai murni
  • sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu
  • pendekatan konvensional
  • sekolah medan interaksi sosial
  • golongan pendidik yang berketerampilan
  • pendidik perlu memahami aspirasi negara
  • menghayati Falsafah Pendidikan Negara
  • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
  • Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
  • Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat
Tema : Alam sekitar
  • Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
  • jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
  • masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
  • alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita
Tema Kesihatan :
  • pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
  • tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
  • Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna
  • Menyerang sistem imunisasi badan
Tema usaha.langkah
  • Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
  • Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya
  • Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
  • Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
  • Jangan lakukan kerja sekerat jalan
  • Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
  • Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
  • Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
  • Usaha secara kolaboratif
  • Menuntut sinergi pelbagai pihak
  • Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
  • Mencari resepi terbaik
Teknologi Maklumat:
  • Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
  • Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakah menyalahgunakan teknologi
  • Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat
  • Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi
  • Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
  • Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MELUNAS RINDU



Tema

Ketabahan hati seorang saudara baru yang mencari asal usul dirinya

Contoh
Fuad kehilangan ibu semenjak kecil / bayi dan menjalani kehidupan sebagai Joshua dan berhadapan dengan bapa dan bapa saudaranya. Setelah menjalani kehidupan baru , Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya , Fuad mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya. Kerinduannya terubat apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya semula yang disangkakan telah meninggal dunia

Persoalan
1. ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama
- Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah.
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )

2. sikap mengenang budi
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh

3. ikatan kasih sayang dalam isntitusi keluarga
- Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )

-

4. sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas

5. keikhlasan dalam memberikan pertolongan
- Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau

6. redha menerima ketentuan takdir
- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.

7. sikap tidak amanah
- Cikgu Zamani sering ponteng kelas
- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran

SINOPSIS MELUNAS RINDU - Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa. Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan. Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana. Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.