Pembentukan ayat Tanya:
- persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh
- pernahkah terlintas dalam gawang minda para........
- sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?
Tema perpaduan :
- Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
- Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
- Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
- Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang
- Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan
- konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
- Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
- terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
- sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema kemajuan negara
- cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
- Pertumbuhan mapan ekonomi negara
- Prestasi ekonomi yang mapan
- Gahnya Malaysia di persada global
- menjadikan Malaysia lebih tersohor
- Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
- Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
- Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
- Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
- menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
- wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara
- mendepani abad milenium
tema : peranan kerajaan
- citra budaya dan jati diri bangsa
- tindakan secara kolaboratif
Tema : masyarakat
- memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
- menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
- Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
- Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
- rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9
- menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
- rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
- Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
- Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
- revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
- umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan
- masyarakat madani
- bangsa yang maju dan kompetitif
Tema : semangat kejiranan
- Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
- Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan
- Kikis sikap prejudis
- Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
- Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
- Bagi memperteguh tali-temali sosial
- Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
- Di bawah satu bumbung muafakat
Tema : generasi muda
- Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
- Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
- Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
- Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
- Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas
- Berkiblatkan budaya asing
- Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
- Berpotensi untuk menggegarkan
- Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
- Bijak menyerap tekanan
- Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
- Dalam meniti perjalanan hidup
- Dalam pancaroba dunia
Tema: kekeluargaan
- mewarnakan jiwa anak-anak
- menjadi uswah terbaik
- tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
- Didedahkan dengan realiti kehidupan
- Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa
- Hadis ; anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
- Bertunjangkan kekuatan intelektual
- Dipacu oleh tenaga muda
- Dipasakkan dalam jiwa
Media massa
- akhbar arus perdana
- mendominasi minda generasi muda
- Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
- Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
- Berupaya menjadi wadah yang efektif
- Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
- Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat
Kempen :
- Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
- Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
- Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku
- Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
- Instrumen yang paling efektif
Semangat Patriotisme
- Misi menyuburkan semangat patriotisme—bukan perkara enteng
- Kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara
- Menjiwai patriotisme yang kental
Tema sekolah
- Guru selaku arkitek pembangunan insan
- menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
- menyemarakkan nilai-nilai murni
- sekolah –wadah penting untuk penyaluran ilmu
- pendekatan konvensional
- sekolah medan interaksi sosial
- golongan pendidik yang berketerampilan
- pendidik perlu memahami aspirasi negara
- menghayati Falsafah Pendidikan Negara
- Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
- Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
- Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat
Tema : Alam sekitar
- Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
- jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
- masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
- alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita
Tema Kesihatan :
- pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
- tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
- Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna
- Menyerang sistem imunisasi badan
Tema usaha.langkah
- Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
- Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya
- Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
- Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
- Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
- Jangan lakukan kerja sekerat jalan
- Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
- Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
- Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
- Usaha secara kolaboratif
- Menuntut sinergi pelbagai pihak
- Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
- Mencari resepi terbaik
Teknologi Maklumat:
- Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
- Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakah menyalahgunakan teknologi
- Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat
- Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi
- Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
- Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia
No comments:
Post a Comment